Write!

Najihah Sairi hilang!

15 May 2017 until now.

Hampir 3 bulan Jihah tak dapat dihubungi. Atau lebih tepat lagi, tak nak dihubungi.

Mesej sudah. WhatsApp sudah. Messenger FB sudah. Like post di FB sudah. Komen di FB sudah. Hubungi kakak beliau juga sudah. Pesanan dah disampaikan. Cuma aku diberitahu, dia hanya sengih dan tersenyum. Masa diberitahu macam tu, rasa pedih kat hati.

Semua dipandang sepi. Tiada respon. La kalam wa la salam.

Semoga Allah Jalla wa ‘Ala kuatkan aku untuk sentiasa husnuzzhon dengan sahabatku ini. Mungkin dia perlu masa bersendiri. Mungkin dia ada masalah yang ditanggung sampai tanak berhubung dengan sesiapa. Mungkin fon dia memang x boleh reply wassap. Mungkin dia x bukak Messenger di fb. Mungkin kehidupan dia sangat-sangat sibuk. Mungkin dia ada banyak aktiviti program. Mungkin dan mungkin..

Jika betul ada kesalahan di pihak kami, mohon diberitahu. Sedia untuk dimarah dan memohon maaf. Ambillah masa sebanyak mana yang ko nak. Cuma jika kalau betul ada masalah, boleh bagitahu. Mana tahu kami boleh tolong apa-apa. Dulu dah banyak ko tolong kami. Apa guna kawan kan.

Dan…

Jika memang ditakdirkan kita tak jumpa dah.. Najihah Sairi, kami minta maaf bnyak-banyak segala salah, halalkan makan minum. Terima kasih juga sebab sudi jadi kawan dalam hidup sementara ni. Ko kawan yang baik. Terima kasih.

Nanti kat akhirat, kalau ko sampai dulu, cari-carilah kami. Kalau sudi, tolong bagitau Allah ko pernah kawan dengan kami, tarikla kami. Ko rajin berdamping orang baik2 sekarang. Rasa sedar diri sekarang. Jauh tinggal ke belakang. Tak pe. Apa-apa pun, jazaaakillahu khairal jazaak.

Terima kasih kawan.😊

Meow Meow

Yuki!

Baru beberapa hari mengenali Yuki, anak baru kakak.

A female cat. Tecik. Tomel. Berbulu lebat. Pakai stoking putih. Mata bulat kalau main. Bulu selebet comot kalau tengah tak larat. Tidur lurus macam pembaris. Lari laju giler kalau tengah sakan main. Pandai buat muka comel dengan mata stim pandang seribu makna. Merupakan kesayangan kakak. Mampu buat mummy dia sedih dan nangis.

Ok. Apa yang nak dicerita pasal Yuki ni ye?

1. Aku nampak Yuki sebagai hadiah Allah pada kakak. Yes, aku tau SEMUA benda kita dapat di dunia ni memang anugerah Allah. Izin Allah. Cuma Yuki ni special sebab Allah bagi pada kakak lepas kakak sebut nak Yuki pada Fikri. “Esok kucing ni jadi akak punya” tu ayat kakak pada Fikri. (Lebih kurang la) Masa tu kakak tunjuk gamba Yuki dari iklan mudah. Tanpa niat. Dan saja2 sebut. Tapi lebih kurang macam tu lah. Dan Subhanallah, esok husband kakak bawa balik Yuki sedangkan suami kakak xtahu pun kakak search Yuki semalam, dan cakap macam tu pada Fikri. Baikkan Allah? Aku cuma nampak betapa baiknya Allah hadiahkan perkara yang hamba Dia sebut. Macam syurga.

2. Yuki buat akak nangis. Dan aku tak boleh tau akak nangis atau sedih atau sakit. Cepat sayu. Kakak mesti nangis kalau Yuki x sihat, demam, tak semangat. Kakak akan terkesan. Dan aku, akan terheret sama. Buat aku mula nak me dalami “rasa” seorang mummy yang sedihkan anaknya. Yuki ajar aku untuk cuba memahami perasaan orang lain.

3. Yuki kuat. Walau dia sedih sebab pisah mak, pindah rumah baru, dapat tuan baru, dia still struggling very hard untuk main dan happykan orang sekeliling. (Walau ada juga dia dah nangiskan kakak. Haha) cuma aku tahu Yuki da banyak happykan kakak. Dan moga2 dengan fokus kakka teralih pada Yuki, kakak tak terlalu fikirkan sakit kakak. Allahumma amin. Tapi Yuki memang kuat. Feel it.

Yuki, get well soon nah. Selamat menggembirakan orng sekelilingmu.

Write!

Merungkai perasaan. Kah!

Kenapa rasa sedih petang-petang ni😂😢

Tak faham betul aku dengan diri sendiri ni. Cepat betul rasa nak self-pity. Anyone ada apa-apa suggestion tak untuk improve. I know i’m thinking wrong, but somehow memang datang juga rasa2 tu. Padahal dua tiga hari lepas baru gembira-gembira ada mak dengan ayah. Walau sebenarnya x gembira sangat sebab aku tak dapat belanja mak ayah adik-adik. Tapi syukur sebab Allah jumpakan. Dan syukur juga sebab dapat bunga dan coklat dari kakak. Aku akan ingat tarikh 22072017.

Tengok dah melalut. Nak cakap pasal sedih sebenarnya. Sedih yang konon-konon tiba-tiba datang. Kenapa kita senang nak sedih bila tahu orang yang kita sayang sorok2 benda dari kita. (padahal xada la apa sangat). Tapi disebabkan aku memang selalu ada akak bila aku nak ngadu, semua benda aku selalu cite. Tapi bila ada be da dia sorok aku sedih. Hmm. Pelik tu kan. Haha. Sedih yang sampai jauh hati dow. Macam haritu akak warded dia x bagitau. Da 2 hari baru bagitau. Pergi Indonesia x bagitau. Sampai sana baru bagitau. Da ada kucing tak bagitau. Dah 4 5 hari baru bagirau. Katanya da 4 5 hari. Entah2 da seminggu dua. (nampak tak ayat aku bila touching).haha.

Entahlah. Sedih. Xpelah. Bukan salah sape2 pun. Semua orang ada hak untuk simpan semua privasi semua orang. Termasuk akak. Dah kenapa aku nak sibuk2.

Tapi, Allah baik. Allah gembirakan orang2 yang Dia sayang. Bila hamba2 Dia behave dan baik. Dia jaga dan akan lulangkan balik kasih sayang tu. Wallahi. Aku terkesima. Aku tahu tak ada apa yang mustahil Allah boleh buat semua. Tapi aku sangay2 boleh rasa, kakak dan husband diberkati hidupnya dan disayangi Allah. Sebab apa? Sebab akhlak diorang dengan semua orang. Mak ayah terutama. Sanggup buat apa je nak gembirakan mak ayah. Dengan saudara-mara. Dengan haiwan. Dengan tumbuhan. Aku rasa cemburu sebab aku tak sebaik tu. Aku tak sesabar tu. Dan aku tak seikhlas tu. Aku sedih. Sedih juga sebab tu. Sebab aku tak baik. 😭 Aku tak jaga mak ayah aku elok2. Aku tak rapat denga adik2 aku. Kakak aku. Ya Allah. Jauhnya aku dari ajaran yang Engkau dah berikan. Tunjukkan aku jalan Ya Allah. Kuatkan aku untuk mujahadah menjadi hamba yang baik. Bimbing aku. Lemah jiwa sebab rasa macam buntu nak hidup jadi orang baik. Astaghfirullah. Bukankah Allah sentiasa ada. Mintalah pada Dia. Mengadulah.

Kuatkan Ya Allah.

Write!

MRT Sg. Buloh-Kajang

Ok.  Aku dan keluarga dah naik k.  Sekali dengan ayah mak.  Ayah.  Mak.  Hahahhaha.  Ingat senang ke nak ajak depa naik.  Terima kasih kepada anak menakan Ahmad Burhanuddin kerana menjadi asbab besar atok dan opah nak berjalan. 

Tengok aje macam mana atok dan opah senyum meleret.  Heheh 😬

Ok apa komen aku naik dr Pasar Seni-Kajang:

1. Bersih.  (of course sebab baru kan. Hopefully rakyat Malaysia akan behave dan kekalkan kebersihan ye) 

2. Escalator laju semacam😅. Serious.  Laju giler.  Macam takut pulak tengok ecscalator laju sangat. Tapi bagus la.. Xda la lambat sangat2 macam salu kan.  Laju dan selamat lebih bagus. 

3. Dalam dia sama je macam LRT.  Tak ada apa yang beza. Kerusi, holder kat atas,tingkap,sama. Tak da apa nak pelik. 

4. Stesen2 semua masih baru.  So bila kita turun agak krik2 tak tau nak ke mana.  

Xpe.  Pape pun sebagai rakyat Malaysia aku sangat berbangga.  Semoga dapat mengurangkan kadar jem, dan mengurangkan stress rakyat di jalanan.  Dan semua rakyat semakin gembira bila stress dapat dikawal dan menggunakan masa yang ada sebaiknya.  😅😅😅

Kbai. 

Write!

28 Tahun

Genap 28 tahun pada 22 Julai 2017. 

Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Segala yang ada.. Segala yang telah dijalani.. Segala yang telah dipunyai.. Hilang.. Gembira.. Duka.. Semuanya alhamdulillah.

Sekarang adalah masa untuk bangkit kembali.  Menjadi hamba Ilahi.  Menjadi anak penyejuk hati.  Menjadi jiwa yang sangat tenang hati. 

Untuk tahun mendatang,  ada beberapa sikap yang aku akan SANGAT AMBIL BERAT untuk diubah:

1. Sabar mendengar cerita orang yang sedang asyik meluah. Berikan ekspresi yang melegakan. Sebut kata-kata yang menenangkan. 

2. Sabar melayan dengan kerenah orang sekeliling. Tidak melarikan diri.  Belajar sabar. 

3. Bercakap perkara yang penting.  Tidak merapu.

4. Bersungguh-sungguh.  Buat sampai tak larat. 

5. Boros membeli makanan, benda2 rapuan
Sekian.  5 dulu.  Banyak lagi. 

Write!

Layanan VIP haruslah buat ibu

Bagaimana mahu menjadikan ibu anda sangat berbesar hati dan berbangga mempunyai anda sebagai anaknya? 

Bagaimana meletakkan restu ibu dan ayah anda sebagai salah satu pengukur dan kayu aras kejayaan anda dalam kehidupan?

Sepanjang hidup hampir 28 tahun ini,  bagaimana layanan anda.. Perasaan anda..terhadap ibu anda? 

Cubalah. Berfikir cara-cara untuk membahagiakan ibu anda. Sekarang adalah masa mereka untuk dimanja.  Sekarang adalah masa anda untuk berkhidmat tanpa syarat..

Kena buang segala rasa kecewa (jika ada),  malu (jika ada),  ego (mesti ada) ketika hendak menabur khidmat kepada ibu dan ayah.  Rasa dengki,  cemburu,  sedih dan sebagainya wajib diketepikan. Kerana apa?  Kerana dia ibu anda.  Kerana masa mereka sudah tidak lama.  Dalam erti kata lain,  masa anda untuk meraih ganjaran daripada salah satu pintu syurga ini semakin suntuk.

Ya benar.  Pintu syurga. Jangan diabaikan. Pegang dengan kejap.  Jika punya suami,  pegang suami dengan ketat. Jika bujang. Pastikan restu ibu ayah di tangan anda. Kerana apa?  Kerana restu Pencipta anda terletak pada restu ibu ayah anda.

Mata masuk habuk.  Sebab masih tak boleh buang lagi rasa sedih bila masum bab kasing sayang ni.  Huhu. 

Da.  

Write!

Kakak Demam

Kakak demam sebaik je balik dari Indonesia. Memang aku perasan kakak non-stop beraya daripada raya dan berterusan travel. Akak bukan boleh sangat travel lama-lama ke ape,  badan kurang tahan.  

Dah warded 2 hari. Air asyik masuk bertukar ganti.  Ubat turunkan suhu pun dah masuk.  Tapi suhu masih tak turun-turun.  Katanya nak lap badan dengan air pun,  rasa macam kulit dihiris-hiris.  Krna angin sejuk apatah lagi. 

Apa petua turunkan suhu badan?  Hm. 

Write!

Choices. 

You choose what you want to eat today. 

You choose how you want to feel today.

You choose what to think. And how to think. 

You choose to be happy. 

You choose not to commit sin. 

You choose your words. And how to say it. And your face mimic.

Your choices now determine your life in hereafter. 😢

 So choose correctly. 

Write!

Hafalan Shalat Delisa – Review

Kesian kat diri sendiri. Baru diberi kesempatan untuk baca buku ni.  Sedangkan dah lama dah kawan-kawan dulu promote suruh cari filem dan novel dia. Mujur sampai juga hidayah nak cari buku ni. 🐸

Overall, buku ni ‘bahagia’ dan ‘membahagiakan’😍 . Bahasa Indonesianya masih boleh difahami meski ada juga perkataan yangkenabukakamusindonesia. Tapi gaya bahasa penulis sanagt dekat dengan pembaca.  Penulis Tere Liye rajin bermonolog dengan pembaca.  😊

Ok.  Apa yang aku dapat belajar dari si kecil comel cerdas Delisa ni?  Atau nak senang dari novel ni secara keseluruhan? 

  1. Sayangi ahli keluarga,  kerana Allah.  Dan ucapkanlah dengan sepwnuh hati yang kamu cinta mereka.. Sayang mereka kerana Allah.  Hmm. Bagi aku sendiri pun sukar nak lafazkan.  Rasanya x pernah lafaz lagi “kerana Allah” tu dengan mak ayah,  adik beradik.  Tapi rasanya dengan kawan 1 universiti dulu rajin la kan dok sebut fillah fillah tu😂. Dengan bekas suami pun tak pernah sebut rasanya.  Apa kesannya?  Kita buat kita dan orang yang kita sayang sedar. Yang kasih sayang ni.. Semua kena disalurkan tanpa bersyarat.  Seburuk mana rupa perangai…  Rasa sayang tu mesti ada. Selalu.  Untuk semua.
  2. Gembiralah.  Ceriakan hati walau dalam keadaan dan situasi apa pun.  Terutama ketika berhadapan dengan makhluk hidup manusia.  😁 sebab apa? Sikao Delisa yang sangat girang dan ceria ni,  dah buka banyak mata orang dewasa yang asyik bermuram durja dengan musibah tsunami dan kehilangan.   Tanpa kita sedar,  dengan bergembira,  ceria,  senang hati,  kita dah berjaya mempositifkan diri kita dan spread the aura to other people. Nice kan?  😍
  3. Bersederhana dalam menyikapi semua perkara. Ini perkara paling penting yang aku nampak.  Dan sangat-sangat harap dapat buat.  Bila kita tidak ada sikap terlalu sedih,  gembira,  kecewa,  sayang, marah pada sesuatu perkara atau benda atau orang,  jadi bila sesuatu jadi..  Kita akan mudah berlapang dada.  Entahlah.  Benda ni sukar.  Tapi aku nampak rasionalnya.  Ada nikamt kita syukur,  ada ujian kita sabar.  Macam tu kan?

Rasa macam nak tulis lagi.  Tapi sebab skrin  phone ni comel,  buat sakit mata dan jari.  Huhu.  Nanti ye. 

Tak sabar nak baca novel Tere Liye yang lain!  Oh ya,  aku menangis tersedu sedan kott masa baca ni..  Haha.  Okbai.