Curhat, positive vibe, Write!

Teruskan. 

Yeah.  Alhamdulillah. 

Dengan nikmat kasih-sayang Dia,  dah dua kali diizinkan untuk pergi surau al-Husna. 

Rezeki dengar kuliah live dari umUstaz Dusuki Rani.  Nice sangat-sangat  ustaz sharing. 

Pasal kematian,  akidah yang sohih,  ibdah yang sohih,  akhlak yang baik.  Mantap sangat. 

Tengah cuba nak apply.  But really hard ey.  Especially  bab tahajud dan jaga lidah.  

Hmm.  7 hari lagi 30 November. 

Nervous.  Takut. Sedih. Risau. Buntu. Serabut. Semua ada. Tenang pun ada.  

Moga Dia mudahkan segalanya. 

Yakin. 

Write!

Day 2.

Alhamdulillah.  Diizin pergi Masjid Shah Alam.  Rindu giler kot. 

Pagi tadi dah ada nak rasa-rasa sikit sakit tu.  Pastu rasa macam tak boleh jadi nih,  memang kena buat something.

Last-last,  pergi mandi.  Ahahhahah. 

Mandi.  Solat sunat duha yang dah lama aku tinggal.  Since hidayah duku,  everyday kot.  Sekarang,  weekend pun payah😭

Alhamdulillah.  Rasa sihat sikit.  Uodate-update post MJ,  then buat kerja pasmrt time.

And rasa macam nak pergi Surau al Husna petang ni. Moga Allah izinkan. 

Ketahuilah,  memang kita rasa kita sakit.  Kita lemah. Tapi jangan sampai lupa,  kita ada Tuhan yang super power kuat.  So,  mintak dekat dia. 

Curhat, MyKakak, Write!

Zaman gelap dulu, ialah SEKARANG

Ya, zaman gelap. Zaman jatuh dulu. 

Tempoh antara bekerja di Bagus,  kemudian masuk Al-Hidayah. Boleh kata 3 bulan pertama di Al-Hidayah sampai Allah datangkan kakak dalam lifetime hidup aku. 

Tempoh tu,  Allah.  Sakit.  Boleh kata aku berjuang besar-besaran dengan satu pasukan batalion tentera yang ramai giler dan diketuai oleh satu leader yang sangat power.  Sakit tak tahu nak cakap. 

Berlawan yang memang sangat berlawan.  Berrmujahadah tahap maksimum.  Masa tu baru tahu peritnya nak lawan diri sendiri yang selalu kita sayang dan belai. Nak melawan arus kesukaan dan kegemaran diri kita yang selama ni kita hanya turutkan dan tak pernah sekat.

Hari-hari nangis sebab rasa tak kuat. Hari-hari tulis doa dan kata-kata semangat dalam diari kecik tu.  Hari-hari.  Monolog dengan Dia.  Mengadu pada Dia,  cakap x kuat.  Cakap x mampu.  Cakap tak ada daya.  

Hanya untuk memelihara sesuatu yang nilainya boleh bawa aku ke syurga!  Ye. Memang sangat besar nilainya. Kerana itu untuk menjaganya menuntut sesuatu yang sangat besar untuk dikorbankan.IMAN. 

Tapi Allah sangat baik.  Allah datangkan seorang kakak sebagai wasilah untuk bantu aku. Kakak ni masuk Al-Hidayah pada masa aku betul-betul tengah jatuh.  Dan nak cakapnya,  aku dan dia sama-sama selesa masing-masing.  Dan cepat giler rasa sayang pada kakak tu datang. 

Macam mana aku mula kuat? 

Sebab Allah alihkan perhatian aku dengan akhlak superb kakak.  Buat rasa terinspirasi nak jadi baik juga.  Kan orang kata if kawan dengan penjual minyak wangi, mesti akan tercalit wangi pada kita.  So same goes with me. 😊

Baikkan Allah?  Lepas berbillion billion dosa aku submit kat Dia. Dia tak pernah lagi stopkan mafas aku barang sekejap.  Aku masih boleh kelip-kelip mata aku ni ha.  Alhamdulillah.  Dan paling bahagia,  sikit demi sikit aku mula jadi baik sejak kawan dengan kakak. 

Solat makin terjaga.  Awal waktu. 

Dah mula lazimi qiyam. 

Hafazan aku dah mulakan balik. 

Perhatian lebih pada nak jadi baik di sisi Allah. 
Wallahi.  Kehadiran kakak dalam hidup memang buat aku kuat untuk jadi lebih baik. 
Terima kasih ya Allah. 

Terima kasih akak asham. 

Masjid, Write!

Kecintaan Hati

Ada satu tempat ni,  memang kalau pergi mana-mana,  tempat ni memang akan jadi tarikan aku. 

If tengah jalan,  nampak bahagian atas dia sayup-sayup jauh,  Allah.  Memang terus terdetik dalam hati moga Allah sampaikan untuk letakkan dahi di sana. 

😊 

Masjid.  Surau. 

Tak pernah tak berjaya lunturkan rasa ni.  Tak kisah segah mana pun surah atau masjid tu,  atau sekecil dan tak semenggah mana pun tempat bergelar masjid tu,  perasaannn manisss untuk ada dalam masjid tu buat aku sangat-sangat cair.  

Dan

Dari zaman belajar,  berteleku di masjid adalah rutin wajib aku jika ada masalah dengan makhluk. 

Dulu mesti ke masjid UIA.  Surau Asiah,  surau Ruqayyah, surau Hafsah😍

Sambung zaman kerja,  sedih sebab di Bagus tempat solat kecik,  tepi toilet. Tapi alhamdulillah nya adalah bilik sewa dekat dengan satu surau ni.  Comel je. Ada kuliah,  kelas.  Dan aku akan Asar kt situ balik keje.  Padahal bilik lagi dekat dari gi surau.  Hehe.  

Sambung Hidayah,  Alhamdulillah  surau di Hidayaj sangat-sangat tinggalkan memori.  Nangis banyak kt situ time pagi2.  Hehe.  Dan zaman kerja Hidayah,  selalu x selalu la.  Pergi Masjid Saidina Hamzah kat Batu Muda.  Pernah 3 4 kali nangis kot kat situ sambil murajaah Quran. Dan pernah tarawih,  dengar kuliah kat situ. Alhamdulillah. 

Then,  di PJ,  huhu.  Tak jumpa lagi masjid yang berkenan nak selalu stay dan berkunjung.  Faktor jarak pun sama.  Alasan kan.😢. Ada la pergi Masjid Templer,  Masjid Nur Ehsan.  Nangis jugak kat masjid Ehsan tu.. Sebab tertinggal kunci dalam bilik, last sekali kena balik Gombak tidur rumah Jiha.  Adeh. 

Tapi… Teringin sangat nak dekat dengan Masjid Shah Alam.  Kuliah dia banyk.  Ustaz-ustaznya bukan calang-calang.  

Ya Allah Ya Sami’,  izinkan aku ya Allah. 

Write!

kesedihan.  keperitan. kedukaan. 

Semua tu perasaan negatif kan?

Ya Allah.  Hilangkan semuanya. Salah aku sebab terlalu mengharapkan kasih manusia. Terlalu ketagih kasih seorang yang juga hamba. 

Aku cepat sangat down lately. 

Mudah sangat hati terusik.  

Rapuh benar jiwa.  

Tak sekuat jiwa Hamka.  Hamka banyak berpesan supaya membina peribadi sendiri.  Tidak goyah dengan orang lain.  Yah,  bukan tidak boleh menerima pendapat atau bersetuju dengan orang lain,  cuma kamu mesti tetap teguh dengan pendirianmu.  Meskipun harus menerima pendapat orang lain,  ya benda itu harus berhujah.  Bukan seenaknya kamu menerima pendirian orang lain. 

Kamu.  Harus kuat.  Harus punya peribadi. 

Lawankan kesedihan,  kedukaan,  keperitan itu semua.  Lawankan. 

Kuatkan jiwa.  

Jadi dirimu yang sebenar.  Apa kamu tidak mahu menjadi seorang hamba yang kuat yang dicintai Allah? 

Apa kamu tidak mahu syurga?

Allah.  Kuatkan aku.  Lupakan aku dengan perkara-perkara yang mengundang kedukaan. Andai kedukaan yang hadir itu bisa menguatkan aku,  maka Kau jadilah wasilah buatku untuk terus kuat. 

Buat akak,  Ain minta maaf.  Selalu macam ni.  Lemah.  Moody.  Tak nak bangkit.  Doakan ain ye akak. Mak. 

Write!

Gambar

Semua orang ada hak masing-masing  kan sama ada nak expose gambar dia atau pun tak? 

Akak janganla rasa Ain tak nak letak gambar akak dekat no yang ramai orang nampak sebab Ain tak nak orang tahu Ain kawan dengan akak,  Ain sayang akak,  Ain baik dengan akak. Or akak rasa Ain malu ke kawan dengan akak.  

Tak.  Sikit pun tak. 

Cuma Ain memang bukan jenis tunjuk gambar kat public.  If orang tag kat FB,  memang Ain akan untagged. Just tak biasa. 

Ain sayang akak lebih. If la akak tahu macam mana Ain nak sangat spend masa dengan akak and just lalui hidup sementara ni dengan akak.  Sebab akak ada aura baik… Yang buat Ain akan jadi behave.  Beradab.  Dan sampai sekarang nak sangat pergi umrah dengan akak.  Tapi macam mana kan.  Haha. 

Moga Allah sayang akak more.  

Ain tak boleh bagi akak pape pun😊

Bagi akak masalah dan pening kepala ada la.  

Take care akak.  

Curhat, positive vibe, Write!

terapi nangish

Semalam nangis teruk.  Dengan pelbagai sebab. 

PMS. 

Tengok orang bahagia dengan suami,  anak.  Tetiba nangis. Haha. 

Akak cakap ain sama je dari dulu. ” Dia buat kat orang takpe.  Orang buat kat dia tak boleh.”  Haha. Part ni kot yang buat rasa over nak nangis.  Sebab dia flashback balik hal-hal rumahtangga,  hal keluarga. And that words just remind me how bad I am.  Dari kat ofis,  sampai ke malam.  My head can’t stop thinking bout how bad I am. Nangis,  nangis dan nangis. 

.

.

.

Dan betul kata akak. Nangis is a very good theraphy.  Ain akan cuba untuk tidak selalu cepat terus pada akak.  Ain cuba untuk settled down myself dengan cara lain.  Blogging,  crying, and the most important thing ain akan cuba monolog sendiri.  Orang kata komunikasi dalaman.  Cakap dengan Tuhan.  Berbicara dengan Dia sampai lega. 

Kalau sedih,  mengadulah. Menangislah.

Pada Tuhan-Mu yang menciptakanmu.