Write!

Tahun yang menyakitkan.

2016 betul ke tahun yang menyakitkan? 

Sakit bagi iman dan hati sebenarnya.  Sakit.  Sebab sangat struggle untuk jaga.  Dan akhirnya jatuh. 

Allah.  Aku tak kuat bersendirian. Bantu aku untuk hilangkan kotor-kotor daki dalam hati aku. Aku mahu bersih.  Aku mahu suci.  Aku mahu hati yang baru. 

Hati ini benar-benar penuh dengan dosa ya Allah.  Penuh 😭

Saksikanlah ya Allah.  Aku ingin berubah kerana-Mu.  Aku mohon bantuan-Mu untuk menjaga segala perilakuku pada masa akan datang. Tidak terdaya rasanya wahai Tuhan,  aku ingin melawan segalanya.  

Sebagaimana kau pelihara diriku hampir lwbih 6 bulan, aku mohon bantuanMu memenjaraknnya selama-lamanya dari hidupku selagi belum ada jalan yang sebetulnya.

Bantulah ya Allah 

Memang ada 10 azam tahun 2017. Tapi azam terbesar adalah itu.  Menjadi hamba sebutan Allah. Allah.

Bantu hamba.😭😭😭

Write!

2016.

2016. 

Hari ni hari terakhir 2016. Alhamdulillah. 

Bila ingat-ingat balik apa yang Allah dah susun 2016 ni,  rasa nak nangis pun ada.  Senyum pun ada.  Geli hati pun ada.  

‘Ala kulli haal.  Syukur semuanya. 

2016.

Sempat jadi tunangan orang. 

Sempat jadi isteri orang. 

Sempat merasa ada mertua. Adik beradik ipar.  Semoat la sebut mil,  fil,  bil,  sil.  Hehe. 

Dan sempat juga tukar status isteri tu. 

Sekejap kan.  Dalam masa setahun,  macam-macam jadi.  Allah,  rasa tak terdaya bila ingat-ingat balik. 

Prestasi iman.  Tak tahu nak kata.  Aku bagi gred E tahun ni.  Dengan dosa-dosa sepanjang jadi isteri.  Dengan mak ayah. Tak campur lagi dengan dosa-dosa yang lain.  Macam mana nak repair tu. 😭

Thus year,  is a hectic year.  And hurt. 

Dari dalam dan luar. 

Muhasabah itu wajib.  Sebab tahun ni,  banyak sangat benda jadi.  Malanglah aku if tak ambil pengajaran.  

Ok lah. Touching tetibe.  

Adioss.  

Write!

TASTI

TASTI.  

Tergerak hati hari ni nak tanya dalam group pasal TASTI. 

Betul ke kamu ni cumi?

Memang dah lama pun kan teringin nak ada taska sendiri.  Dari dulu lagi.  Dan kebetulan Tasti nak ditubuhkan. 

Dan kebetulan juga memang tengah sangat-sangat  mencari kerja lain.  
Dan kebetulan juga Allah kata aku masih x diconfirmkan lagi dekat tempat kerja ni.  

Banyak sangat kebetulan ni kan.  Tak ada kebetulan dalam Islam kan.  Semua diatur.  Mana mungkin perkara-perkara jadi kebetulan kan. Dia tahu. Dia yang gerakkan hati.  Gerakkan tangan.  Gerakkan minda. 

Ya Allah,  bimbinglah semua lintasan hatiku ke arah kebaikan sahaja ya Allah .

Allahul musata’an. Dia tak kan pernah kecewakan hamba-Nya kan? 

Never. Just believe in Him. 

Write!

Kenapa nak mengamuk? 

Haha. Kenapa nak mengamuk? 

Entah.  Bila ingat-ingat balik,  lemahnya aku last 2 weeks.  Almost everyday menangis.  Sedih.  Lemah.  Lemau. 

Macam dah tak ada matlamat hidup.  Hairan.  Mungkin ada jugak sebab PMS kot.  Tapu dahsyat jugak kejatuhan 2 minggu tu.  Hoho. 

Ampunkan aku ye ya Allah.  Macam2 benda bukan2 aku buat dalam dua minggu lepas. 

Haish.  Yak boleh jadi ni.  Kena tebus balik.  Berkali ganda. 

Moga dimudahkan road to be  a new me! 

Yehaa.  Okeyh.  Bai. 

Write!

Bebelan mak

Mak membebel tadi. Pasal aku.  Pasal perangai buruk aku.  

Rasa macam berlubang-lubang hati ni. Haha.  Berdas-das tembakan kena.  Sakit.  Tapi betul. Benar.  Sebab mak dah masak benar perangai anak dia ni. 

Macam mana nak ubah? Allah knows.  If u ask me how, I really dont know.  Wallahi.  

Sebab, to change this attitude yang dah terkubur lama dalam hati ni memang ambil masa. Bukan hari ni usaha,  esok doa,  lusa dah makbul.  No no no.  

But just trust in Him. 

Btw,  today is my first day.  After 1st attempt pada 12 12 tu gagal.  So today is 21 12. 

#hijrahsekalijetau

#hijrahJiwaMemangBanyaKali

Write!

Seminar Qiyamah

Jujur aku katakan.  Ini kali pertama aku dengar tentang meteor. Bintang berekor. 

Selama ni,  bila cakap pasal akhir zaman,  apa yang ustaz2 akan share adalah dukhan,  dajal,  al-Mahdi,  terbenam matahari di barat, yakjuj makjuj,  dabbah dll. belum pernah lagi aku dengar details pasal meteor ni. 

Ustaz Zulkifli Muhammad Ali dari Indonesia dah simplify kan isi-isi dari hadis Nabi SAW tentang akhir zaman dan kronologi 10 tanda kiamat.  

Sebelum 10 tanda ni datang, yang mana akan bermula dengan dukhan,  akan ada satu dentuman kuat meteor atau bintang berekor pada bumi. Bintang berekor ini akan mengelilingi bumi selama 3 hari sebelum BOOM.  Bila meteor yang hentam,  korang faham-fahamlah. Benda dari langit kan.  Entah sekuat mana kelajuannya.  Entah bahan kimia apa ada sekali.  Entah sepanas mana.  

Apa kesan lepas dentuman kuat tu? 

Dukhan. Asap tebal 40 hari 40 malam Nabi bagi tahu.  Masa ni,  tiada teknologi dah. Semua elektrik terputus.  Udara panas dan menyakitkan. Kenderaan, fon, komputer,  internet,  yillek pochi.  Habis. 

Stop jap.  Rasa sesak dada mengingat balik.  

Write!

Sod Ba Ra’

Perang kesabaran dah bermula. 

Cakap-cakap orang yang kurang sedap dah mula kedengaran.  Wahai jiwa,  kuatlah.  

Abaikan cakap-cakap orang yang hanya akan melemahkan kamu. Abaikan. 

Jadi diri kamu sendiri.  Cukup Tuhan ada dengan kamu,  faham kamu.  Jangan kamu harap semua manusia akan faham kamu.  It’s never. 

Berdiri tegak.  Bangun. Jalan ke depan. 

Orang akan cakap.  Dan cakap.  Apa yang kamu kisahkan. Kamu decide kamu nak terus sedih2 macam ni sebab words diorang sepanjang hidup ke?  People will never stop talking.  So,  you are the one yang kena close your ears.  And move forward. 

Just believe in Him. Semua yang jadi ada hikmahnya.  redah dan lalui dengan sabar dan tabah.  For the first two years..will be tough.  But chillax.  You have your God okay!

May Allah Bless!

Write!

12 Disember 2016

12 Rabiul Awwal.

1. Tarikh mula jadi “baik”.

2. Tarikh gaduh besar engan kakak.  dua-dua sangat berjauh hati. 

3. Tarikh jauh hati dengan family.  Kata jangan balik selalu. 

4. Tarikh completely new Ain.  no kakak.  No jihah.  No family.  Beside me.  Allah Al-Hakim semata.