Write!

Sombong vs Rendah Hati

Sombongkah?  Atau rendah hatikah? 

Gaduh besar dengan kakak. Secara ringkasnya,  kami gaduh sebab satu audio. Sorang reply mengusik,  dan ditegur soleh sorang lagi,  pastu sorang lagi defend diri macam x puas hati,  then kena sound balik panjang,  n macam ala-ala merajuk sorang lagi pun.  End up dengan mesej panjang dari sorang lagi.  Dua-dua dah jauh hati.  Dan terasa.  Dan untuk aku,  aku sangat jauh hati. Sebab rentetan words “malas nak bukak cite pasni”. So,  itu memang sangat menjauhkan hati kami yang dah semakin jauh. 

Sesi mengamuk dah habis. Yang ada cuma sesi muhasabah. Sesi melihat diri sendiri.  Sesi mencari-cari kesalahan dan khilaf yang dah buat.  Sombongkah?  Egokah?  Tidak menghormatikah? 

Mungkin ada sedikit. Sebab masa tu amarah tengah sangat memuncak. Dan bergembiralah syaitan melihat dua hati yang sebelum ini berkasih sayang,  sudah saling bercakaran di mesej.  Walau bukan bercakaran di muka.  Yang oasti,  kesan cakar-mencakar di mesej itu sudah cukuo buat kedua-duanya sangat jauh hati. 

Selama 2 tahun kenal kakak,  aku x pernah lagi terlintas,  “benci akak.  Really hate akak. ” tapi gaduh baru ni aku dah tuturkan banyak kali dalam hati. 

Mana mungkin hati ni benci akak kak.  Selagi Allah izin.  Sayang Ain pada akak Insya-Allah  jika Allah izin,  sampai syurga.  

Rendahkanlah hati. Untuk terima semua orang seadanya.  Untuk menegur orang dengan cara yang baik.  Untuk menerima teguran dengan berlapang dada.  Untuk tidak menjadikan diri sangat eksklusif.  Untuk melayan semua orang secara sama rata. Tidak kira usia,  keadaan,  darjat mahupun pangkat. Rendahkan jiwa.  

Semoga Allah menerima amalmu.  Kerendahan hatimu. Allahumma Amin.  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s