Write!

Hafalan Shalat Delisa – Review

Kesian kat diri sendiri. Baru diberi kesempatan untuk baca buku ni.  Sedangkan dah lama dah kawan-kawan dulu promote suruh cari filem dan novel dia. Mujur sampai juga hidayah nak cari buku ni. 🐸

Overall, buku ni ‘bahagia’ dan ‘membahagiakan’😍 . Bahasa Indonesianya masih boleh difahami meski ada juga perkataan yangkenabukakamusindonesia. Tapi gaya bahasa penulis sanagt dekat dengan pembaca.  Penulis Tere Liye rajin bermonolog dengan pembaca.  😊

Ok.  Apa yang aku dapat belajar dari si kecil comel cerdas Delisa ni?  Atau nak senang dari novel ni secara keseluruhan? 

  1. Sayangi ahli keluarga,  kerana Allah.  Dan ucapkanlah dengan sepwnuh hati yang kamu cinta mereka.. Sayang mereka kerana Allah.  Hmm. Bagi aku sendiri pun sukar nak lafazkan.  Rasanya x pernah lafaz lagi “kerana Allah” tu dengan mak ayah,  adik beradik.  Tapi rasanya dengan kawan 1 universiti dulu rajin la kan dok sebut fillah fillah tu😂. Dengan bekas suami pun tak pernah sebut rasanya.  Apa kesannya?  Kita buat kita dan orang yang kita sayang sedar. Yang kasih sayang ni.. Semua kena disalurkan tanpa bersyarat.  Seburuk mana rupa perangai…  Rasa sayang tu mesti ada. Selalu.  Untuk semua.
  2. Gembiralah.  Ceriakan hati walau dalam keadaan dan situasi apa pun.  Terutama ketika berhadapan dengan makhluk hidup manusia.  😁 sebab apa? Sikao Delisa yang sangat girang dan ceria ni,  dah buka banyak mata orang dewasa yang asyik bermuram durja dengan musibah tsunami dan kehilangan.   Tanpa kita sedar,  dengan bergembira,  ceria,  senang hati,  kita dah berjaya mempositifkan diri kita dan spread the aura to other people. Nice kan?  😍
  3. Bersederhana dalam menyikapi semua perkara. Ini perkara paling penting yang aku nampak.  Dan sangat-sangat harap dapat buat.  Bila kita tidak ada sikap terlalu sedih,  gembira,  kecewa,  sayang, marah pada sesuatu perkara atau benda atau orang,  jadi bila sesuatu jadi..  Kita akan mudah berlapang dada.  Entahlah.  Benda ni sukar.  Tapi aku nampak rasionalnya.  Ada nikamt kita syukur,  ada ujian kita sabar.  Macam tu kan?

Rasa macam nak tulis lagi.  Tapi sebab skrin  phone ni comel,  buat sakit mata dan jari.  Huhu.  Nanti ye. 

Tak sabar nak baca novel Tere Liye yang lain!  Oh ya,  aku menangis tersedu sedan kott masa baca ni..  Haha.  Okbai. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s