Write!

Syurga itu mahal.

3 Muharram 1439H = 03.01.1439

24 September 2017M = 24.09.2017

Ya Allah. Selepas 50 hari, perkara itu berlaku jua. Sekian lama aku panjatkan doa pada-Mu akhirnya datang jua.

Berkatilah. Rahmatilah. Ya Allah. Ya Rabb.

Advertisements
Write!

Doa Mak buat Anak

Aku perlu titipkan di sini.

Supaya ia tidak hilang dari hati. Diri.

Mak selalu doakan kamu bahagia. Tiap-tiap kali lepas solat mak doa. Dapat suami yang serasi hingga jannah. Dapat suami yang luas rezekinya dan tidak bakhil. Dapat suami yang baik akhlaknya. Dapat suami yang boleh memberikan zuriat pada kamu.

Siapa tak touching weh mak cakap dan doakan macam tu. Sedih. Sebab tahu dalam hati mak.. mak sedih.

Ya Allah Kau angkatlah rasa sedih, gelisah dan gundah gulana dalam hati ibu dan ayahku. Allahumma amin.

Write!

Cot Cet Ambang Korban

Bagaimana untuk aku sentiasa sedar dan dalam keadaan sentiasa beringat yang Allah itu punya segala? Yang Dia tempat aku sepatutnya berharap. Yang hanya kasih-Nya aku patut mendamba. Yang hanya Dia boleh menyelesai segala.

Berapa kali hati ini perlu diketuk supaya sentiasa sedar yang perasaan dalam hati ni perlu sentiasa ikhlas dan utuh kerana Dia? Untuk Dia. Cinta Dia.

Entah kenapa, hati rasa rindu nak membuka Al-Quranku. Rasa rindu nak berdiri di tengah malam gelap menghadap Dia. Padahal aku dah lama tinggalkan ibadah malam itu. Aku dah jarang menghadap kitab suci itu dalam tempoh yang lama pada satu-satu masa. Selalu cuma sekadar semuka dua dengan mind entah ke mana.

Esok dah mula cuti Merdeka sambung dengan Raya Eidul Adha. 4 hari cuti. Jujurnya, mula-nula tak nak balik memang sebab kerisauan memikirkan kakak mungkin sorang tanpa suami dengan keadaan dia x pulih sepenuhnya dari H1N1. Tapi bila semalam kakak kata husbandnya mungkin akan balik hari, aku rasa lega. Cuma hati ni masih tak nak balik raya. Hari ni mak da tanya dalam whatsApp anak2 balik bila. Macam mana nak cakap kalau tak balik? Entahlah. Mungkin akan balik bila malam gelap dan keluar balik masa gelap juga. Kesian mak ayah aku nak menjawab.

Hmm.

Hidup ni sekejap. Tapi dalam masa sekejap tu, ada orang dia hidup dalam keadaan penuh dengan usaha keras dan manfaat yang ditinggalkan untuk orang. Macam Imam Nawawi. Usianya tak lama cuma kurang lebih 40 tahun. Tidak berkahwin. Tapi tengoklah, hasil karyanya masih dipegang, diamal, dipelajar oleh umat beratus tahun selepas dia meninggal. Bukankah sangat-sangat bahagia Imam Nawawi di sana?

Haish. Jauh sangat aku merapu ni.

Sebenarnya cuma nak luah betapa berbolak baliknya hati manusia. Susah nak meletakkan Allah sepenuhnya di hati. Sukar nak memahat cinta Allah yang pertama, yang akan bertandang dalam jiwa.

Sukar. Tapi tak mustahil kan.

Entah apa-apa benda aku tulis.

Ya Rabb. Ursyudni.

Write!

Pasrahhh!

Aduhai.

Memang aku kurang sabar dengan orang bertangguh-tangguh kerja ni.

Lagi tak boleh tahan bila sangat tenang pada masa yang salah.

Lagi rasa nak hantuk kepala kat dinding bila benda yang ditangguh tu akan menyusahkan ramai orang lepas-lepas ni.

Salah ke aku rasa nak ngamuk ngan budak ni? Haha.

Ke aku yang memang tak sabar.

Tapi kalau MM ngamuk sebab dia.. sekali palit aku.. haaaaa memang bersilat aku t! Banyak dah aku cuba kurangkan beban dia (kononlah kan) tapi nape dia delay2 lagi. Aduhai. Aduhai. Dateline dah terlebih 10 hari cik abang oi!

Astaghfirullah lah dari tadi!

Kbai.

Write!

Terima kasih #tinyroom

Alhamdulillah. Sengaja aku nak tulis juga walau kepala dah berat, mata dah nak terkatup.

Bimbang-bimbang jadi manusia yang tidak tahu bersyukur. Aku mahu ingat-ingat dan kenang-kenang perkara yang akan buat aku rasa ini satu lagi nikmat Tuhan yang tak boleh aku ketepikan atau tutup mata.

Bilik comel berbentuk L ni letaknya depan masjid. Aku seorang yang sangat mementingkan dengarnya azan dari corong bilik atau rumah. Maka kedudukan bilik ini sangat menganugerahkan perasaan sayu dan hebat tu pada aku. Walau kadang solat tak tepat waktu bila dengar azan, tapi kehidupan tanpa azan dalam seharian betul-betul buat aku pekak dan sunyi. Salah satu sebab kenapa aku sanggup pindah ke bilik ni.. bilik lagi kecik dulu.

Bilik comel ni buat aku dengar macam2 ragam manusia disebabkan dinding rumah sebelah, atas, bawah, memang tak lut bunyi. Haha. Suami isteri berperang baling pinggan, carut marut maki hamun, dentingan kuali pukul 5 pagi, detuk detak spin mesin basuh sebelah, kakak yang liat bangun pagi sebelum g sekolah, ayah yang marah anak dia dalam 2 3 tahun yang sibuk nak ikut mandi, suami panggil isteri dalam bilik air dan isteri tu x dengar, bangla mengamuk dekat housemate sebab kencimg x cuci dan banyak lagi drama. Ala kulli haal, ia mengajar aku, dan kadang kala jadi hiburan. Haha.

Bilik ni menyaksikan tangis aku yang sangat banyak. Haha. Fullstop.

Bilik ni selalu uji kesabaran aku sebab dia kecik. Dan aku salu rasa nak lindah bilik. Tapi rasa syukur yang ditanam lepas ngamuk2 tu, buat aku salu pandang bilik ni istimewa. Sebab berjaya buat aku redha dan tenang. Syukur.

Bilik ni ajar aku bersederhana. Bersabar dengan lif. Haha. Rekod kot turun g kerja 10 tingkat. Dan naik 10 tingkat masa balik kerja sebab urgent nak ke rumah kakak. Kurus aku. Hahah.

Aku sempat Ramadhan kat sini. Ada teman buka puasa. Sempat tarawikh kat Masjid Jumhuriyyah. Bahagia. Banyak kali berteman dan ada beberapa kali sendirian. ‘Ala kulli haal, bakal merindui.

Bilik ni menjimatkan aku dari banyak aspek. Haha. Rasanya la. Tapi buat aku beli benda merapu2 sebab banyak lebihan duit kononnya. Haha.

Bilik ni, yang pernah ziarah cuma kakak dengan Jamilah je. 😎

Em, apa lagi eh. Sudahla. Ngantuk.

Semoga bilik lepas ni jadikan aku hamba yang lebih taat pada-Mu Tuhanku. 😌

Write!

ALLAH juga ada PLAN

Bismillah walhamdulillah.

Selamat petang kepada diri sendiri. Hahah. Ini adalah hari terakhir insya Allah aku jadi ahli qaryah Taman Dato Harun. Chewah. Bakal berhijrah tempt beradu dan bersantap ke Setia Alam.

Kalau diingat-ingat balik dan dimenung balik semua yang jadi dalam hidup aku ni, semua Allah dah susun cantik. Maksud aku, benda-benda yang aku pernah doa, terdetik untuk nak, teringin, termimpi etc, aku akan dapat. Tapi bukan pada masa yang aku nak. DIA akan bagi pada masa yang sangat tepat dan pada masa yang sangat perlu.

Cubalah perhati balik segala benda nikmat yang kita ada sekarang, sebenarnya ni mungkin doa kita 2 3 tahun dahulu. Atau mungkin kita pernah terdetik untuk nak, lepas tu terus dimakbulkan.

Pernah doa nak orang tu sihat cepat, Allah sihatkan. Tp amik masa setahun

Nak tukar kerja yang ada bahagian agama. Dapat, lambat sikit.

Nak rumah kecik dekat dengan masjid. Allah bagiii. Rumah betul-betul kecik berdepan dengan Masjid Jumhuriyyah.

Doa nak rumah besar sikit, dekat dengan rumah Allah, selesa untuk mak ayah datang. Dan pernah selalu teringin untuk duduk rumah dekat dengan kakak. Dan alhamdulillah, Allah bagi rumah yangbselesa didiami dan nice to visit. Haha. Parking luas, x serabut, rumah perabot pun elok2 je. Boleh la ajak orang datang minum kopi. Haha. Depan dan menghadap surau. 5 minit dari rumah kakak. Nikmat tuhanmu yang mana yang engkau dustakan. Allahu Akbar. Dia Maha Tahu untuk beri kita yang mana. Dan rumah yang aku nak tu, asalnya dah penuh, tibe2 owner call balik cakap ada kosong. Bukankah itu rezeki? Huhu. Allah baik. Sangat.

Well, therw you go. Esok akan berhijrah. Moga tinggallah jua segala dosa yang aku perbut ketika berada di sini. Semoga ini permulaan baru. Allahumma amin.

Write!

Najihah Sairi hilang!

15 May 2017 until now.

Hampir 3 bulan Jihah tak dapat dihubungi. Atau lebih tepat lagi, tak nak dihubungi.

Mesej sudah. WhatsApp sudah. Messenger FB sudah. Like post di FB sudah. Komen di FB sudah. Hubungi kakak beliau juga sudah. Pesanan dah disampaikan. Cuma aku diberitahu, dia hanya sengih dan tersenyum. Masa diberitahu macam tu, rasa pedih kat hati.

Semua dipandang sepi. Tiada respon. La kalam wa la salam.

Semoga Allah Jalla wa ‘Ala kuatkan aku untuk sentiasa husnuzzhon dengan sahabatku ini. Mungkin dia perlu masa bersendiri. Mungkin dia ada masalah yang ditanggung sampai tanak berhubung dengan sesiapa. Mungkin fon dia memang x boleh reply wassap. Mungkin dia x bukak Messenger di fb. Mungkin kehidupan dia sangat-sangat sibuk. Mungkin dia ada banyak aktiviti program. Mungkin dan mungkin..

Jika betul ada kesalahan di pihak kami, mohon diberitahu. Sedia untuk dimarah dan memohon maaf. Ambillah masa sebanyak mana yang ko nak. Cuma jika kalau betul ada masalah, boleh bagitahu. Mana tahu kami boleh tolong apa-apa. Dulu dah banyak ko tolong kami. Apa guna kawan kan.

Dan…

Jika memang ditakdirkan kita tak jumpa dah.. Najihah Sairi, kami minta maaf bnyak-banyak segala salah, halalkan makan minum. Terima kasih juga sebab sudi jadi kawan dalam hidup sementara ni. Ko kawan yang baik. Terima kasih.

Nanti kat akhirat, kalau ko sampai dulu, cari-carilah kami. Kalau sudi, tolong bagitau Allah ko pernah kawan dengan kami, tarikla kami. Ko rajin berdamping orang baik2 sekarang. Rasa sedar diri sekarang. Jauh tinggal ke belakang. Tak pe. Apa-apa pun, jazaaakillahu khairal jazaak.

Terima kasih kawan.😊

Meow Meow

Yuki!

Baru beberapa hari mengenali Yuki, anak baru kakak.

A female cat. Tecik. Tomel. Berbulu lebat. Pakai stoking putih. Mata bulat kalau main. Bulu selebet comot kalau tengah tak larat. Tidur lurus macam pembaris. Lari laju giler kalau tengah sakan main. Pandai buat muka comel dengan mata stim pandang seribu makna. Merupakan kesayangan kakak. Mampu buat mummy dia sedih dan nangis.

Ok. Apa yang nak dicerita pasal Yuki ni ye?

1. Aku nampak Yuki sebagai hadiah Allah pada kakak. Yes, aku tau SEMUA benda kita dapat di dunia ni memang anugerah Allah. Izin Allah. Cuma Yuki ni special sebab Allah bagi pada kakak lepas kakak sebut nak Yuki pada Fikri. “Esok kucing ni jadi akak punya” tu ayat kakak pada Fikri. (Lebih kurang la) Masa tu kakak tunjuk gamba Yuki dari iklan mudah. Tanpa niat. Dan saja2 sebut. Tapi lebih kurang macam tu lah. Dan Subhanallah, esok husband kakak bawa balik Yuki sedangkan suami kakak xtahu pun kakak search Yuki semalam, dan cakap macam tu pada Fikri. Baikkan Allah? Aku cuma nampak betapa baiknya Allah hadiahkan perkara yang hamba Dia sebut. Macam syurga.

2. Yuki buat akak nangis. Dan aku tak boleh tau akak nangis atau sedih atau sakit. Cepat sayu. Kakak mesti nangis kalau Yuki x sihat, demam, tak semangat. Kakak akan terkesan. Dan aku, akan terheret sama. Buat aku mula nak me dalami “rasa” seorang mummy yang sedihkan anaknya. Yuki ajar aku untuk cuba memahami perasaan orang lain.

3. Yuki kuat. Walau dia sedih sebab pisah mak, pindah rumah baru, dapat tuan baru, dia still struggling very hard untuk main dan happykan orang sekeliling. (Walau ada juga dia dah nangiskan kakak. Haha) cuma aku tahu Yuki da banyak happykan kakak. Dan moga2 dengan fokus kakka teralih pada Yuki, kakak tak terlalu fikirkan sakit kakak. Allahumma amin. Tapi Yuki memang kuat. Feel it.

Yuki, get well soon nah. Selamat menggembirakan orng sekelilingmu.

Write!

Merungkai perasaan. Kah!

Kenapa rasa sedih petang-petang niπŸ˜‚πŸ˜’

Tak faham betul aku dengan diri sendiri ni. Cepat betul rasa nak self-pity. Anyone ada apa-apa suggestion tak untuk improve. I know i’m thinking wrong, but somehow memang datang juga rasa2 tu. Padahal dua tiga hari lepas baru gembira-gembira ada mak dengan ayah. Walau sebenarnya x gembira sangat sebab aku tak dapat belanja mak ayah adik-adik. Tapi syukur sebab Allah jumpakan. Dan syukur juga sebab dapat bunga dan coklat dari kakak. Aku akan ingat tarikh 22072017.

Tengok dah melalut. Nak cakap pasal sedih sebenarnya. Sedih yang konon-konon tiba-tiba datang. Kenapa kita senang nak sedih bila tahu orang yang kita sayang sorok2 benda dari kita. (padahal xada la apa sangat). Tapi disebabkan aku memang selalu ada akak bila aku nak ngadu, semua benda aku selalu cite. Tapi bila ada be da dia sorok aku sedih. Hmm. Pelik tu kan. Haha. Sedih yang sampai jauh hati dow. Macam haritu akak warded dia x bagitau. Da 2 hari baru bagitau. Pergi Indonesia x bagitau. Sampai sana baru bagitau. Da ada kucing tak bagitau. Dah 4 5 hari baru bagirau. Katanya da 4 5 hari. Entah2 da seminggu dua. (nampak tak ayat aku bila touching).haha.

Entahlah. Sedih. Xpelah. Bukan salah sape2 pun. Semua orang ada hak untuk simpan semua privasi semua orang. Termasuk akak. Dah kenapa aku nak sibuk2.

Tapi, Allah baik. Allah gembirakan orang2 yang Dia sayang. Bila hamba2 Dia behave dan baik. Dia jaga dan akan lulangkan balik kasih sayang tu. Wallahi. Aku terkesima. Aku tahu tak ada apa yang mustahil Allah boleh buat semua. Tapi aku sangay2 boleh rasa, kakak dan husband diberkati hidupnya dan disayangi Allah. Sebab apa? Sebab akhlak diorang dengan semua orang. Mak ayah terutama. Sanggup buat apa je nak gembirakan mak ayah. Dengan saudara-mara. Dengan haiwan. Dengan tumbuhan. Aku rasa cemburu sebab aku tak sebaik tu. Aku tak sesabar tu. Dan aku tak seikhlas tu. Aku sedih. Sedih juga sebab tu. Sebab aku tak baik. 😭 Aku tak jaga mak ayah aku elok2. Aku tak rapat denga adik2 aku. Kakak aku. Ya Allah. Jauhnya aku dari ajaran yang Engkau dah berikan. Tunjukkan aku jalan Ya Allah. Kuatkan aku untuk mujahadah menjadi hamba yang baik. Bimbing aku. Lemah jiwa sebab rasa macam buntu nak hidup jadi orang baik. Astaghfirullah. Bukankah Allah sentiasa ada. Mintalah pada Dia. Mengadulah.

Kuatkan Ya Allah.

Write!

MRT Sg. Buloh-Kajang

Ok.  Aku dan keluarga dah naik k.  Sekali dengan ayah mak.  Ayah.  Mak.  Hahahhaha.  Ingat senang ke nak ajak depa naik.  Terima kasih kepada anak menakan Ahmad Burhanuddin kerana menjadi asbab besar atok dan opah nak berjalan. 

Tengok aje macam mana atok dan opah senyum meleret.  Heheh 😬

Ok apa komen aku naik dr Pasar Seni-Kajang:

1. Bersih.  (of course sebab baru kan. Hopefully rakyat Malaysia akan behave dan kekalkan kebersihan ye) 

2. Escalator laju semacamπŸ˜…. Serious.  Laju giler.  Macam takut pulak tengok ecscalator laju sangat. Tapi bagus la.. Xda la lambat sangat2 macam salu kan.  Laju dan selamat lebih bagus. 

3. Dalam dia sama je macam LRT.  Tak ada apa yang beza. Kerusi, holder kat atas,tingkap,sama. Tak da apa nak pelik. 

4. Stesen2 semua masih baru.  So bila kita turun agak krik2 tak tau nak ke mana.  

Xpe.  Pape pun sebagai rakyat Malaysia aku sangat berbangga.  Semoga dapat mengurangkan kadar jem, dan mengurangkan stress rakyat di jalanan.  Dan semua rakyat semakin gembira bila stress dapat dikawal dan menggunakan masa yang ada sebaiknya.  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kbai.