Meow Meow

Yuki!

Baru beberapa hari mengenali Yuki, anak baru kakak.

A female cat. Tecik. Tomel. Berbulu lebat. Pakai stoking putih. Mata bulat kalau main. Bulu selebet comot kalau tengah tak larat. Tidur lurus macam pembaris. Lari laju giler kalau tengah sakan main. Pandai buat muka comel dengan mata stim pandang seribu makna. Merupakan kesayangan kakak. Mampu buat mummy dia sedih dan nangis.

Ok. Apa yang nak dicerita pasal Yuki ni ye?

1. Aku nampak Yuki sebagai hadiah Allah pada kakak. Yes, aku tau SEMUA benda kita dapat di dunia ni memang anugerah Allah. Izin Allah. Cuma Yuki ni special sebab Allah bagi pada kakak lepas kakak sebut nak Yuki pada Fikri. “Esok kucing ni jadi akak punya” tu ayat kakak pada Fikri. (Lebih kurang la) Masa tu kakak tunjuk gamba Yuki dari iklan mudah. Tanpa niat. Dan saja2 sebut. Tapi lebih kurang macam tu lah. Dan Subhanallah, esok husband kakak bawa balik Yuki sedangkan suami kakak xtahu pun kakak search Yuki semalam, dan cakap macam tu pada Fikri. Baikkan Allah? Aku cuma nampak betapa baiknya Allah hadiahkan perkara yang hamba Dia sebut. Macam syurga.

2. Yuki buat akak nangis. Dan aku tak boleh tau akak nangis atau sedih atau sakit. Cepat sayu. Kakak mesti nangis kalau Yuki x sihat, demam, tak semangat. Kakak akan terkesan. Dan aku, akan terheret sama. Buat aku mula nak me dalami “rasa” seorang mummy yang sedihkan anaknya. Yuki ajar aku untuk cuba memahami perasaan orang lain.

3. Yuki kuat. Walau dia sedih sebab pisah mak, pindah rumah baru, dapat tuan baru, dia still struggling very hard untuk main dan happykan orang sekeliling. (Walau ada juga dia dah nangiskan kakak. Haha) cuma aku tahu Yuki da banyak happykan kakak. Dan moga2 dengan fokus kakka teralih pada Yuki, kakak tak terlalu fikirkan sakit kakak. Allahumma amin. Tapi Yuki memang kuat. Feel it.

Yuki, get well soon nah. Selamat menggembirakan orng sekelilingmu.

Advertisements