Write!

28 Tahun

Genap 28 tahun pada 22 Julai 2017. 

Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Segala yang ada.. Segala yang telah dijalani.. Segala yang telah dipunyai.. Hilang.. Gembira.. Duka.. Semuanya alhamdulillah.

Sekarang adalah masa untuk bangkit kembali.  Menjadi hamba Ilahi.  Menjadi anak penyejuk hati.  Menjadi jiwa yang sangat tenang hati. 

Untuk tahun mendatang,  ada beberapa sikap yang aku akan SANGAT AMBIL BERAT untuk diubah:

1. Sabar mendengar cerita orang yang sedang asyik meluah. Berikan ekspresi yang melegakan. Sebut kata-kata yang menenangkan. 

2. Sabar melayan dengan kerenah orang sekeliling. Tidak melarikan diri.  Belajar sabar. 

3. Bercakap perkara yang penting.  Tidak merapu.

4. Bersungguh-sungguh.  Buat sampai tak larat. 

5. Boros membeli makanan, benda2 rapuan
Sekian.  5 dulu.  Banyak lagi. 

Advertisements
Write!

Layanan VIP haruslah buat ibu

Bagaimana mahu menjadikan ibu anda sangat berbesar hati dan berbangga mempunyai anda sebagai anaknya? 

Bagaimana meletakkan restu ibu dan ayah anda sebagai salah satu pengukur dan kayu aras kejayaan anda dalam kehidupan?

Sepanjang hidup hampir 28 tahun ini,  bagaimana layanan anda.. Perasaan anda..terhadap ibu anda? 

Cubalah. Berfikir cara-cara untuk membahagiakan ibu anda. Sekarang adalah masa mereka untuk dimanja.  Sekarang adalah masa anda untuk berkhidmat tanpa syarat..

Kena buang segala rasa kecewa (jika ada),  malu (jika ada),  ego (mesti ada) ketika hendak menabur khidmat kepada ibu dan ayah.  Rasa dengki,  cemburu,  sedih dan sebagainya wajib diketepikan. Kerana apa?  Kerana dia ibu anda.  Kerana masa mereka sudah tidak lama.  Dalam erti kata lain,  masa anda untuk meraih ganjaran daripada salah satu pintu syurga ini semakin suntuk.

Ya benar.  Pintu syurga. Jangan diabaikan. Pegang dengan kejap.  Jika punya suami,  pegang suami dengan ketat. Jika bujang. Pastikan restu ibu ayah di tangan anda. Kerana apa?  Kerana restu Pencipta anda terletak pada restu ibu ayah anda.

Mata masuk habuk.  Sebab masih tak boleh buang lagi rasa sedih bila masum bab kasing sayang ni.  Huhu. 

Da.  

Write!

Kakak Demam

Kakak demam sebaik je balik dari Indonesia. Memang aku perasan kakak non-stop beraya daripada raya dan berterusan travel. Akak bukan boleh sangat travel lama-lama ke ape,  badan kurang tahan.  

Dah warded 2 hari. Air asyik masuk bertukar ganti.  Ubat turunkan suhu pun dah masuk.  Tapi suhu masih tak turun-turun.  Katanya nak lap badan dengan air pun,  rasa macam kulit dihiris-hiris.  Krna angin sejuk apatah lagi. 

Apa petua turunkan suhu badan?  Hm. 

Write!

Choices.Β 

You choose what you want to eat today. 

You choose how you want to feel today.

You choose what to think. And how to think. 

You choose to be happy. 

You choose not to commit sin. 

You choose your words. And how to say it. And your face mimic.

Your choices now determine your life in hereafter. 😒

 So choose correctly. 

Write!

Hafalan Shalat Delisa – Review

Kesian kat diri sendiri. Baru diberi kesempatan untuk baca buku ni.  Sedangkan dah lama dah kawan-kawan dulu promote suruh cari filem dan novel dia. Mujur sampai juga hidayah nak cari buku ni. 🐸

Overall, buku ni ‘bahagia’ dan ‘membahagiakan’😍 . Bahasa Indonesianya masih boleh difahami meski ada juga perkataan yangkenabukakamusindonesia. Tapi gaya bahasa penulis sanagt dekat dengan pembaca.  Penulis Tere Liye rajin bermonolog dengan pembaca.  πŸ˜Š

Ok.  Apa yang aku dapat belajar dari si kecil comel cerdas Delisa ni?  Atau nak senang dari novel ni secara keseluruhan? 

  1. Sayangi ahli keluarga,  kerana Allah.  Dan ucapkanlah dengan sepwnuh hati yang kamu cinta mereka.. Sayang mereka kerana Allah.  Hmm. Bagi aku sendiri pun sukar nak lafazkan.  Rasanya x pernah lafaz lagi “kerana Allah” tu dengan mak ayah,  adik beradik.  Tapi rasanya dengan kawan 1 universiti dulu rajin la kan dok sebut fillah fillah tuπŸ˜‚. Dengan bekas suami pun tak pernah sebut rasanya.  Apa kesannya?  Kita buat kita dan orang yang kita sayang sedar. Yang kasih sayang ni.. Semua kena disalurkan tanpa bersyarat.  Seburuk mana rupa perangai…  Rasa sayang tu mesti ada. Selalu.  Untuk semua.
  2. Gembiralah.  Ceriakan hati walau dalam keadaan dan situasi apa pun.  Terutama ketika berhadapan dengan makhluk hidup manusia.  πŸ˜ sebab apa? Sikao Delisa yang sangat girang dan ceria ni,  dah buka banyak mata orang dewasa yang asyik bermuram durja dengan musibah tsunami dan kehilangan.   Tanpa kita sedar,  dengan bergembira,  ceria,  senang hati,  kita dah berjaya mempositifkan diri kita dan spread the aura to other people. Nice kan?  πŸ˜
  3. Bersederhana dalam menyikapi semua perkara. Ini perkara paling penting yang aku nampak.  Dan sangat-sangat harap dapat buat.  Bila kita tidak ada sikap terlalu sedih,  gembira,  kecewa,  sayang, marah pada sesuatu perkara atau benda atau orang,  jadi bila sesuatu jadi..  Kita akan mudah berlapang dada.  Entahlah.  Benda ni sukar.  Tapi aku nampak rasionalnya.  Ada nikamt kita syukur,  ada ujian kita sabar.  Macam tu kan?

Rasa macam nak tulis lagi.  Tapi sebab skrin  phone ni comel,  buat sakit mata dan jari.  Huhu.  Nanti ye. 

Tak sabar nak baca novel Tere Liye yang lain!  Oh ya,  aku menangis tersedu sedan kott masa baca ni..  Haha.  Okbai. 

Write!

Dosa itu Perit

Lelah rasa jiwa mengenangkan dosa dan khilag yang telah diperbuat. Aku tahu Islam tidak menyuruh umatnya membuka pekung di dada.

 Namun kali ini dadaku benar-benar sesak denga hal yang satu ini.  Kepalaku buntu. Sudah beratus website dan tulisan asatizah aku kaji,  sudah beratus video aku tontoni, namun masih belum cukup ampuh untuk aku jadikan sokongan dalam mujahadahku. 

Kata ustaz, mujahadah menuntut pengorbanan. Ia ibarat melancarkan perang dengan diri sendiri yang kita cintai.  Mujahadah menuntut seseorang otu mempunyai azam yang super power kuat untuk berubah.  Mujahadah juga menuntut tawakal dan usaha yang sangat tinggi dari seseorang individu.  Mujahadah itu payah..

Kenapa payah? 

Sebab ganjarannya mahal dan sangat besar tak terjangkau dek akal. Beruntunglah jiwa2 yang dipilihNya untuk terus kekal berada di jalanNya. Menyebar bunga2 cinta ukhwah dan Islam kepada manusia lain.  

Aku masih di dalam proses.  

Doakan aku. 
Ainun Mardhiyyah

29062017

0055